Pembelajaran Interaktif Tabika Islam
7 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2018, seramai 7 orang murid Tabika Islam Kubu Gajah bersama seorang guru pembimbing telah mengadakan satu sesi pembelajaran interaktif di Pusat Internet 1 Malaysia Kubu Gajah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan suasana pembelajaran baru kepada murid-murid. Beberapa siri video berunsur pendidikan telah ditayangkan sekaligus memberi pengalaman baru kepada mereka.
Diharap aktiviti seperti ini kerap diadakan supaya murid-murid dapat menikmati kemudahan yang ada di PI serta belajar dengan cara yang berbeza berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: